Selasa, Disember 14, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah Lawak Mampoih

Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Man Laksa, Zombi Kg Pisang, Rock antara filem yang membuatkan aku jatuh cinta dengan penangan si pengarah Mamat Khalid ni. Mungkin ada orang yang rasakan filem-filem ni 'lawak bodo'. Tapi ada aku kesah? Bagi aku lawak giler dan filem-filem ni semua ala-ala lawak merapu Stephen Chow tuh!


Hantu Kak Limah ni merupakan sequel kepada Zombi Kg Pisang. Korang jangan ingat Kg Pisang tu aman je lepas peristiwa zomba-zombi yang mengamuk hari tu. Kali ni mai pulak dah hantu yang lebih seram dengan rambut panjangnya dan pucat mukanya. Seram siot! Awie yang baru balik selepas dua tahun bekerja kat Singapore mendapati banyak perubahan kat kampung tu. Dari situ la dia dapat rasakan Kak Limah sebelah rumah dia tu lain macam bebenor. Tengah-tengah malam dok berdiri 'keraih' depan rumah dia sambil rambut menggerbang. Bila da jadi banyak peristiwa seram kat kampung tu. Diorang pun bersepakat buat meeting la nak hapuskan hantu tu. Kat sini la banyak mende-mende lawak yang jadi dengan bomoh silap seru hantu lerr. So macam mana diorang berjaya halau Kak Limah tu? Korang pi tengok sendiri kat wayang ok.

Jalan ceritanya ringan tapi menarik. Hantu Kak Limah ni memang seram berbanding zombi dulu yang mekap tempek-tempek bedak sejuk je tu. Hehe..

5 comments:

Castalica Azryiana berkata...

kak limah oooo kak limah...
kak limah xtgk akedemi fantasia ker???...serius seram n gila lawak!

zac zirwan berkata...

narnia pon best gk pe..

Castalica Azryiana berkata...

narnia paling best!

Anis Zahorin berkata...

hantu kak limah best!!! gila lawak!
hee~~baru dpt tgok smlm~

zac zirwan berkata...

hahaaa..gelak sampai abes cter!

Related Posts with Thumbnails