Sabtu, Ogos 08, 2009

papadom..filem yg sedap!

biler aku ckp je papadom..mesti ni yg korang bayangkan..tol tak?
memang sedap la kalo dapat makan dengan nasik beryani ni..tapi pe yang aku nk citer ni bkn la pasal makanan ni..tapi pasal 'FILEM PAPADOM'filem ni baru je menang anugerah filem terbaik festival filem malaysia ke 22(2009)..so konpem la citer ni berkualiti kan..

citer ni kisah seorg bapak, Saadom, (name pn da mcm papadom) seorang ahli perniagaan nasi kandaq yang berjaya kat Pulau Pinang. Wasiat isterinye supaya menjaga anak mereka, Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rasa rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Mia sangka apabila dapat belajar di Kuala Lumpur, bapanya akan berubah sikap. Tetapi lain pula yang berlaku. Saadom sanggup menyamar menjadi tukang kebun di universiti tempat Mia belajar! Semuanya bersebab…. Setelah Mia berjaya dalam pelajaran, barulah Saadom rasa lega, lalu membiarkan Mia mencorakkan masa depannya sendiri..

barisan pelakon..
Saadom - Afdlin Shauki
Munirah - Noorkhiriah
Miasara -Liyana Jasmay
Yvonne - Chelsia Ng
Profesor Balqis - Vanidah Imran
Shasha - Scha
Hisham - Farid Kamil
Mat - Que Haidar
Hussin - Harun Salim Bachik

pengarah + pnulis skrip..
Afdlin Shauki

untuk info korang jugak..kedua pelakon dari filem ni telah memenangi pelakon terbaik lelaki dan wanita ffm 22

thumbs up! la utk filem ni sbb menang byk anugrah dlm ffm 22..
nantikan tayangan nye 8 okt 09 ni ok!



2 comments:

ANISA berkata...

eyh, nape x pnah nmpk dlm iklan

zac efron berkata...

haaa..my blog ni paling update la..hee

Related Posts with Thumbnails